17 April 2014

Dhiya Ad Dean SMKS9 - 2014 - Pejuang Terunggul



Tahun 2014 merupakan tahun yang gembira bercampur sedih. Awal tahun aku dan ustaz K sudah menyiapkan rancangan untuk audition penasyid-penasyid team lelaki. Kenapa pilih lelaki? Sebab lelaki lebih ideal untuk dilatih. Penasyid perempuan agak sukar utuk diuruskan. Bukan kerana sikap. Tapi kerana perbezaan jantina tukang latih dan tukang nasyid.

Habis saja audition dapatlah 9 orang penasyid-penasyid lelaki hebat sepanjang aku berkarya.

Aku seperti biasa ditugaskan untuk lagu kedua Pejuang Terunggul. Lagu Pejuang Terunggul sememangnya sangat bermakna untuk aku. Ilham pun dapat ketika 2013 sewaktu mengerjakan haji ditanah suci. Lagu ini untuk menggambarkan betapa akhlak nabi yang tinggi dan cabaran perjalanan baginda menyusuri dakwah Islamiah.


No comments: