1 October 2014

JAWAPAN LEVER

JAWAPAN LEVER

a. first class lever

b.see saw, claw hammer, pliers

c.    load x load distance = effort distance x effort

      5 x 4 = 10 x X
      X= 20/10 = 2 kg

d.  (5+4) x 4 = 10 x X

      36 = 10X
       X =3.6 kg

      3.6 -2 =1.6 kg

28 September 2014

Intergriti _ Soalan UPSR Bocor

Bismillahirahmanirahim,

Selalu terfikir adakah semua manusia sama? Adakah semua berfikiran sama, hanya untuk mencari keuntungan sahaja?

Wallahualam.

Intergriti perkhidmatan awam sektor pendidikan tercalar dengan insiden soalan UPSR bocor. Bukan menjadi keutamaan kita untuk mencari siapa salah. Setiap kali insiden dalam sektor pendidikan, guru seringkali di persalahkan.

Guru ditangkap dan dihumban kerana melakukan kesilapan. Jika ia benar salah maka patut dihukum.

Soalnya sekarang mengapa intergriti mereka ini semakin rendah walhal sudah ada dibuat program peningkatan intergriti dan sebagainya.

Pada pendapat saya ini berlaku kerana beberapa faktor:

1. MENJADI GURU KERANA TERPAKSA.
Disekitar tahun 2000 banyak guru-guru KPLI segelintirnya menjadi guru kerana ketiadaan pekerjaan. Maka profesion ini menjadi tempat berteduh.

2. BEBANAN GURU MEMIKUL PELBAGAI JAWATAN MAYA TANPA ELAUN EKSTRA
Rasanya tidak salah kalau seorang guru yang menanda jawapan soalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun diberikan elaun menanda, seperti mana diberikan kepada guru yang menanda soalan SPM dan PMR. Tidak salah juga kalau guru yang memegang jawatan Ketua Guru Disiplin diberi elaun tambahan. Bila gaji setimpal pekerjaan mungkin boleh mengurangkan salah laku.

3. GURU HANYA MELIHAT KEUNTUNGAN PERIBADI
Segelintir guru juga perlu melihat kedalam profesion perguruan sebagai suatu keuntungan akhirat. Diabad ini segalanya memerlukan wang. Namun wang bukan segalanya. Ilmu yang bermanfaat disampaikan kepada pelajar membawa pahala ke syurga kelak.

4. SUDAH BIASA DENGAN KEBOCORAN SOALAN LALU DIANGGAP PERKARA LAZIM
Mungkin guru sudah membiasakan pelajar dengan spot questions. Sehingga tidak dapat membezakan lagi soalan ramalan dan soalan sebenar .. Mungkin la...

5. SOALAN PEPERIKSAAN INI DIBUAT OLEH MANUSIA, PASTI ADA KELEMAHANNYA.
Memang sistem peperiksaan ini dipraktikkan sudah lama. Masa berubah teknologi makin canggih. Mungkin sistem keselamatan soalan perlu dipertingkatkan lagi.

Mungkin..






18 June 2014

Selamat Tinggal SMK Seksyen 9 Shah Alam

Terasa berat hati nak meninggalkan SMK Seksyen 9 yang lama dah menjadi tempat menabur bakti.
Daripada cikgu hinggalah ke semua pelajarnya pasti akan diridui.
Semoga berjumpa lagi.




I will miss you guys.

4 May 2014

Paper 3 Kimia F4 Guide

PAPER 3 KIMIA --- THE last part...